Kedudukan Kewangan
PEMBELANJAAN JDC
Pembelanjaan JDC merupakan antara elemen yang kerap dibincangkan saban bulan. Memandangkan nilai matawang MYR yang lebih lemah berbanding nilai matawang Yen, kos bulanan yang agak tinggi perlu diambil kira dalam memastikan program-program dakwah di Jepun dapat terlaksana dengan efisyen setiap masa. Berikut adalah pembelanjaan bulanan bagi JDC:
***nilai adalah nilai sebenar dalam matawang MYR yang telah ditukar dari matawang Yen
RINGKASAN KEWANGAN TAHUNAN
Bagi tahun 2021, purata sumbangan bulanana ialah sebanyak RM 40,892.308.
Kutipan tertinggi tercatat pada bulan Mei 2021 dengan angka RM 117,450.68 kerana bulan tersebut adalah jatuh pada bulan Ramadhan.
Untuk makluman para penderma, kami mengeluarkan pembelanjaan tahunan sebanyak:
RM 420,000/tahun; kos operasi keseluruhan JDC
- RM15,000/bulan adalah elaun kepada Saudara Zulkarnain untuk kos hara hidup di Jepun (*seperti di dalam rajah pembelanjaan di atas sekali item no 2)
- RM 20,000/bulan adalah kos operasi JDC
RM 3,000/tahun; kos Audit Persatuan FIMT
RM 720/tahun; kos pembayaran Website OnPay & ToyyibPay
RM 423,720.00 setahun
***jumlah pembelanjaan kami pada tahun 2021 adalah terhad berbanding dengan jumlah sebenar atas isu kewangan.
KESIMPULAN
RM 490,707.70 = Jumlah sumbangan setahun
RM 423,720.00 = Jumlah pembelanjaan setahun
RM 1,091,124.29 = Jumlah pembelanjaan setahun sepatutnya dilakukan
TERIMA KASIH PARA PENDERMA!
Pihak FIMT mendoakan semua para penyumbang dilimpahkan rahmah dan berkat dalam seluruh keluarganya serta seluruh keturunannya. Dijaga oleh Allah dari aspek roh, rezeki, iman dan diberikan kesudahan yang baik yakni Khusnul Khatimah. Semoga JDC di Osaka, Jepun terus hidup supaya pahala terus menerus mengalir dalam setiap insan yang infaq harta mereka ke jalan Allah SWT. Kami menyeru seluruh umat Islam untuk terus menyokong projek Japan Dakwah Centre untuk kemaslahatan masyarakat di Jepun untuk terus kenal siapakah Allah, siapakah Muhammad SAW insan istimewa dan kenal apakah itu Islam.
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah: 271)
"Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa yang kamu lakukan." (Surah al-Baqarah: 265)
"Orang-orang yang membelanjakan (mendermakan) hartanya pada waktu malam dan siang, dengan cara sulit atau terbuka, maka mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, serta mereka pula tidak akan berdukacita." (Surah al-Baqarah: 274)
Nabi SAW pernah bersabda:
إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” Riwayat al-Tirmizi (662)