Projek II FIMT

WAKAF TAPAK

MASJID AL-DA'WAH

& JDC WAKAYAMA

Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT; Persatuan FIMT kini sedang mengorak langkah dengan lebih jauh dengan meneruskan projek seterusnya iaitu projek wakaf untuk Masjid Al-Da'wah serta Japan Da'wah Centre (JDC) kedua di Jepun iaitu JDC Wakayama, Jepun.

Mengapakah kita perlu membina Masjid Al Da'wah dan Japan Dawah Centre Wakayama? Apakah faedah yang bakal diterima oleh masyarakat Muslim di Jepun apabila JDC dan Masjid Al Da'wah tertubuh? Secara objektifnya, idea Masjid Al Da'wah & JDC kedua ini untuk:

1. Rumah Allah SWT yang pertama berkonsepkan “ARCHITECTURE JEPUN” bertujuan untuk menarik lebih ramai lagi di kalangan bangsa Jepun terpikat kepada ajaran Islam. Hal ini kerana rakyat Jepun agak kuat berpegang pada kebudayaan negaranya tersendiri. 

2. Japan Da'wah Centre yang ke dua di Jepun bertujuan memperkasakan lagi kerja-kerja dakwah di sini dan memudahkan akses untuk penduduk di negeri Wakayama untuk mendalami Islam.

3. Memperluaskan lagi peluang untuk lebih ramai warga Jepun supaya memeluk Islam.

4. Pembinaan rumah anak yatim yang pertama oleh Islam di Jepun.

5. Pusat akad nikah dan kaunseling rumahtangga.

6. Menyediakan tempat perlindungan sementara bagi  para ibu tunggal serta anak-anak yang di tinggalkan atau di ceraikan oleh pasangan Islam mereka.

7. Pusat aktiviti-aktiviti merapatkan silaturahim seperti majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri/Aidil Adha dan perayaan di Jepun.

8. Pusat pendidikan awal kepada anak anak muslim Jepun dan pengumpulan generasi ke dua Jepun.

9. Pusat Sumber Islam (khutub khanah) di Jepun

10. Business centre bagi menghidupkan dan mengaktifkan pusat wakaf ini (self-sustainable mosque)

WAKAYAMA? KENAPA DISITU?

Mungkin ada yang tertanya-tanya. Mengapa Wakayama di pilih?

1. Masih tiada lagi masjid di bina di bandaraya tersebut. (Biasanya masjid di bina oleh komuniti muslim yang datang sebagai tempat untuk mereka beribadah. Tetapi kita membina masjid pertama khusus untuk mengembangkan Islam di Jepun.

2. Mempunyai universiti dan juga kolej ternama berhampiran (Wakayama university, Wakayama medical university)

3. Lokasi masjid yang stategik di pusat bandar, hanya 3 minit daripada stesen keretapi.

4. "Local government" yang mesra muslim. "Eat Wakayama" yang mempromosikan restoran yang menyediakan makanan halal.

5. Antara wilayah yang pertama di Jepun yang mempunyai hubungan dengan kerajaan Islam Utsmaniyah Sultan Abdul Hamid 2; sultan terakhir kerajaan Utsmaniyah (Terbinanya Kushimoto Turkish Memorial and Museum)


Anggaran (FASA 1)

Tanah ¥52,000,000 (RM 1,750,000.00)

Process Fee  ¥4,500,000 (RM 150,000.00)

Pembersihan ¥6,000,000 (RM 200,000.00)

Design ¥7,500,000 (RM 250,000.00)

Penyelangaraan ¥5,000,000 (RM165,000.00)

Others ¥1,000,000 (RM 35,000.00)

TOTAL ¥76,000,000 (RM 2,500,000.00)


Scan QR untuk cara pembayaran lebih mudah dan pantas

Hanya dengan 3 cara mudah.


Teknik infaq kini sudah di hujung jari.