PERSATUAN FAJAR IMAN MATAHARI TERBIT MALAYSIA

PPM-034-10-04072019

FacebookInstagram

PROJEK KEDUA FIMT (TERKINI)

JAPAN DAWAH CENTRE (JDC)

KEDUA DI NEGARA JEPUN

Selepas kejayaan projek sulung iaitu Japan Dakwah Centre di Osaka, Jepun; kini FIMT mengorak langkah dengan meneruskan projek kedua iaitu pembinaan Masjid Al-Dakwah & Japan Dakwah Centre (JDC) kedua di Wakayama, Jepun. 

Gambar sebelah merupakan bangunan yang bakal menjadi JDC kedua iaitu JDC Wakayama.

Kita beriltizam untuk membina masjid dan pusat dakwah yang mesra untuk warga Jepun lawati . Sehingga hari ini, dalam masa kurang daripada 3 tahun, 51 orang telah bershahadah di JDC. Oleh itu kita mahu memberikan mereka peluang untuk bersahadah ini dengan lebih banyak lagi tersusun, supaya jumlah shahadah ini akan terus bertambah dari semasa ke semasa dan saudara baru kita akan terus istiqamah dan konsisten di jalan yang lurus ini, inshaAllah.

PROFAIL PERSATUAN

Persatuan FIMT Malaysia tertubuh secara rasmi dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 7 April 2019. Fokus kami adalah menjadi platform bagi membantu pasukan Dakwah di Jepun untuk terus bergerak dengan kondusif supaya Islam akan terus berkembang di serata Jepun. Persatuan kami memulakan misi kami dengan membina "Japan Dakwah Centre" di Osaka, Jepun. 

 BARISAN KEPIMPINAN UTAMA PERSATUAN

Tuan Zulkarnain Hasan Basri

Ust Abdullah Bukhari | Presiden
MSc UM 

Dr Basit D.J.M.K. | Penasihat

PhD

KEJAYAAN PROJEK SULUNG FIMT

JAPAN DAWAH CENTRE (JDC)

PERTAMA DI NEGARA JEPUN

Projek wakaf pertama oleh persatuan dan merupakan sebuah idea inovasi di negara Jepun, dimana objektif utama adalah untuk menjadikan sebagai pusat pengumpulan para muallaf untuk mempelajari ilmu agama Islam serta tempat untuk insan bukan Islam untuk mendalami ilmu agama serta tempat untuk mereka bersyahadah. Sehingga Sep-22, sudah terdapat hampir 40 orang yang sudah bersyahadah. SubhanAllah.