Projek Terdahulu

KEJAYAAN SULUNG

PROJEK PERSATUAN

JAPAN DAKWAH CENTRE (JDC) DI OSAKA, JEPUN

Japan Dakwah Centre [JDC] merupakan projek pertama dan projek sulung di negara Jepun hasil sumbangan gabungan muslimin & muslimat dari pelbagai negara seperti Malaysia, Singapura, Brunei & beberapa buah negara lagi. Bangunan yang berumur lebih 25 tahun ini masih kukuh dan dibeli dengan hasil wang sumbangan bernilai RM1.5 juta termasuk dengan kos wang pendahuluan. RM1.5 juta juga turut digunakan untuk proses pembaikpulih secara major bagi memastikan bangunan dapat digunakan dalam jangka masa panjang. Antara ruang yang ada adalah:

Tingkat bawah: Restoran makanan & minuman halal

Tingkat 2: Kedai runcit

Tingkat 3: Surau

Tingkat 4: Ruang Pengajian/Bilik Seminar

Tingkat 5: Pejabat Pengurusan Dakwah/ Ruang Mesyuarat

TINGKAT 3

Pusat ibadah JDC

TINGKAT 4

Pusat pengajian agama Islam

Syabas buat para penyumbang!

Gambar ini diambil pada tahun 2018 dimana satu lawatan rasmi untuk melihat sendiri bangunan sebelum dibeli untuk kegunaan JDC.

ANTARA AKTIVITI BULANAN YANG DIJALANKAN SEPANJANG JDC DITUBUHKAN

Selepas JDC telah siap diperbaiki, kini pihak FIMT bersama Saudara Zulkarnain Hasan Basri yang merupakan coordinator serta pengarah JDC telah melakukan pelbagai inisiatif dalam memastikan gerakan dakwah dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan menarik minat bukan Muslim untuk hadir ke JDC bagi mempelajari mengenai konsep ketuhanan dan keislaman. Selepas 2 tahun penubuhan JDC, kini JDC mempunyai sekitar 5 orang guru agama dari pelbagai bidang dan kepakaran serta muallaf seramai 30 orang. Saudara Islam baru turut dibekalkan dengan jadual pengajian yang mereka akan ikuti untuk memastikan mereka dibekalkan dengan ilmu asas fardhu ain dengan baik dan efisyen. Rakyat Jepun yang terkenal dengan sikap disiplin yang hebat dan tinggi memang antara salah satu faktor terbesar menjadikan mereka antara Saudara Islam baru yang berkualiti tinggi dan mudah untuk dilentur dan dididik dengan ilmu agama Islam. Kefahaman yang baik serta pemahaman yang mudah diterima sebenarnya antara kunci kemampuan untuk mereka menyerap ilmu pengetahuan ini sungguhpun ianya adalah sesuatu yang baru buat mereka. Selain dari itu, Islam telah membuktikan bahawa konsep ketuhanan inilah yang mereka tercari-cari dalam sepanjang hidup mereka selama ini.

Inisiatif pertama bagi saudara Islam baru; SYAHADAH. Mengucapkan syahadah adalah antara langkah awal dalam mereka mengamati nikmat Islam.